RESEPI : Kambing Kicap Mayo

Kambing Kicap Mayo

resepi ni kak sha officemate aku bg
katanya resepi kawan dia..
mmg sgtla bes..
xrugi cuba...
cuba sekali pasti nak lg..hehe

BAHAN-BAHANNYA
1/2 kg daging kambing
2sudu besar minyak masak

BAHAN-BAHAN PERAP (blend sehingga menjadi warna cappucino)
1 Botol kecil mayonis
1 biji bawang besar
1 inci halia
1/2 cawan kicap manis
 1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar serbuk rempah kurma
sedikit lada hitam (agak2 nk rasa pedas ltk lebih)
1 batang kulit kayu manis (ditumbuk hingga hancur)



CARA-CARA MASAK
1. Perap kambing dgn bahan yg diblender selama 15 minit. 
2.Panaskan minyak dan dimasukkan kambing telah diperap.
3.gaul dan ditutup kuali supaya mesra.
4.buka penutup kuali dan kecilkan api sehingga kepekatan mengikut cita rasa..
5. **last sekali boleh jg dimasukkan kentang goreng yang dipotong dadu dan tabur daun bawang dan bawang goreng

SIAP^^

sedap...telan air liur tgk..huhu
boleh juga guna daging lembu
tapi kambing is the best..hehe

 ~sekian~

No comments:

Post a Comment

~Followers~